#Bebaskan PalestinaRESONANSI

Pemimpin dan Dunia Islam Penentu Nasib Palestina

Tidak kalah hebat juga adalah Sultan Shalahuddun al-Ayyubi. Karena rasa tanggungjawab dan kecintaannya yang mendalam kepada bumi Palestina, pada tarikh 27 Rajab 583 H, beliau dan bala tenteranya telah berjaya memerdekakan Baitul Maqdis, Palestina.

Menariknya, ketika beliau hendak membebaskan Baitul Maqdis, Sultan Shalahuddin al-Ayyubi tidak langsung menyiapkan tentara dan peralatan perang secara serta merta. Justeru baginda sultan memulakan dengan mempersatukan umat Islam dalam satu ikatan akidah Ahlussunnah wal Jama’ah.

Menurut beliau, kesatuan akidah akan melahirkan kesatuan hati. Kesatuan hati antara umat Islam adalah kekuatan dahsyat yang tidak akan dikalahkan oleh siapa pun. Salah satu gagasan untuk mewujudkan hal itu, beliau telah memerintahkan setiap juru azan (Muadzin) di semua wilayah yang beliau kuasai untuk mengumandangkan akidah Asy’ariyyah setiap hari sesaat sebelum azan Subuh.

Hal ini semua, mengingatkan kita bahawa bagi memastikan bumi suci tanah barakah Palestina akan terus terbela, maka setiap kita mempunyai tanggujawab dan kewajiban. Krisis Palestina juga seharusnya mengajarkan kita betapa pentingnya memperkuat persatuan dan kesatuan umat Islam dalam hidup bernegara dan berbangsa. Khusunya di Republik Indonesia, negara terbesar umat Islam ini.

Demikian juga betapa pentingnya umat Islam ini melahirkan pemimpin bangsa yang saleh dan berkeliber seperti para Khulafaurrasidin, Khalifah Harun Arrasyid, Sultan Abdul Hamid II serta Shalahuddin al-Ayyubi yang mempersatukan umat, menebar ketenangan dan kedamaian bagi bangsa dan kehidupan beragamanya, keberanian mempertahankan kedaulatan bangsa.

Oleh itu, menyongsong pesta demokrasi 2024, hajatan besar Pilpres dan Pileg yang akan berlangsung sebentar lagi iaitu pada 14 Februari 2024 mendatang. Sebagai umat Islam kita wajib mempunyai visi dan misi memilih pemimpin yang benar-benar mempunyai kerakter dan ciri insan saleh yang disifati oleh para nabi dan Rasul, iaitu dengan Kualitas Iman yang teguh yang tercermin dengan keindahan akhlak, moral, dan etika. Berintegritas, benar, jujur, amanah, cerdik dan berkeadilan.

Ikhlas dengan misi yang berorientasikan menyelamatkan bangsa dan negaranya, mensejahterakan rakyatnya. Intelektual yang berilmu dan beramal, yang semuanya tersimpul dalam empat sifat wajib bagi nabi dan rasul iaitu: siddiq, amanah, tabligh dan fathanah.

Akhirnya teruslah membuktikan cinta dan pembelaan kita terhadap nasib Palestina. Tanpa henti mendukung perjuangan mereka, melaungkan wacana tuntutan kemerdekaan dan kebebasan Palestina dari cengkaman penjenayah Zionis dan mereka yang bersekongkol bersamanya.

Mari buktikan kita tidak akan sekali-kali mengakui apalagi melegitimasi eksistensi kewujudan negara haram Zionis Israel di Bumi suci Palestina. Lanjutkan mengulurkan bantuan meringankan penderitaan mereka dengan kemampuan yang kita miliki. Teruslah mendoakan mereka. Karena doa adalah senjata seorang mukmin, sebagai tanggungjawab kita sebagai Insan dan muslim saudara seiman seakidah negara dan rakyat Palestina.

Hanya itu yang paling mereka perlukan. Mereka tidak memerlukan kita ikut secara fisik angkat senjata bersama-sama menentang kebiadaban rezim Zionis ini. Sebagaimana dinyatakan oleh juru cakap para pejuang Palestina. Sekali lagi pemimpin dunia Islam dan seluruh umat Islam adalah penentu nasib bumi suci Palestina. Wallahu a’lam.[]

H. Rusli Abdul Roni, Lc., MA., Ketua Unit & Dosen Departemen Sains Sosial & Humaniti, Fakultas Pendidikan Berterusan (CCEd) Universitas Nasional Tenga (UNITEN), Malaysia.

Laman sebelumnya 1 2 3

Artikel Terkait

Back to top button