NUIM HIDAYAT

Kebijakan Jokowi Soal Kampus, Ngawur

Prof Wan melanjutkan,”Justeru pada waktu itu jugalah saya berasa amat penting sekali mengusahakan edisi keduanya yang ditulis dan disiapkan ketika saya mula menghirup udara ilmiah ISTAC, yakni setelah edisi pertamanya yang terbit pada tahun 1991 mendapat sambutan baik dari pembaca dan dicetak semula sebanyak tiga kali. Untuk memahami secara lebih mendalam beberapa perkara yang saya bincangkan dalam buku ini, pembaca harus juga menelaah tiga karya saya yang lain, yaitu: The Beacon of the Crest of Hill : A Brief History and Philosophy of the International Institute of Islamic Thought and Civilization, The Educational Philosophy and Practice of Syed Muhammad Naquib al Attas: An Exposition on the Original Concept of Islamization dan Pembangunan di Malaysia: Ke Arah Satu Kefahaman Baru yang Lebih Sempurna.”

Buku Budaya Ilmu ini diakui Prof Wan telah mendapat sambutan hangat dari pembaca di Malaysia, Thailand Selatan, Singapura dan Indonesia.

Buku ini mengandung tiga makalah Prof Wan Daud. Pertama makalah Iklim Kehidupan Intelektual di Andalusia: Satu Cerminan Islamisasi Dua Dimensi. Kedua makalah Kerangka Komprehensif Pemikiran Melayu Abad ke 17 Masihi Berdasarkan Durr al Faraid karya Shaykh Nur al Din al Raniri dan ketiga makalah Budaya Ilmu dan Perpaduan Negara.

Dalam Bab I, guru besar pendidikan Islam ini menguraikan secara menarik tentang kaitan budaya ilmu dan tamadun. “Pembinaan budaya ilmu yang bersepadu dan jitu merupakan prasyarat awal dan terpenting bagi kejayaan, kekuatan dan kebahagiaan seseorang dan sesuatu bangsa. Seseorang individu atau sesuatu bangsa yang mempunyai kekuasaan atau kekayaan tidak boleh (tidak bisa) mempertahankan miliknya, apatah lagi mengembangkannya tanpa budaya ilmu yang baik. Malah dia akan bergantung kepada orang atau bangsa lain yang lebih berilmu. Kita telah melihat sendiri betapa beberapa negara minyak yang kaya raya terpaksa bergantung hampir dalam semua aspek kehidupan negaranya kepada negara lain yang lebih maju dari keilmuan dan kepakaran. Selain itu kedua-dua unsur di atas, iaitu harta dan takhta, bersifat luaran dan sementara. Kedua-duanya bukanlah ciri yang sebati dengan diri seseorang atau sesuatu bangsa tanpa ilmu yang menjadi dasarnya. Sebaliknya bila ilmu terbudaya dalm diri peribadi dan masyarakat dengan baik, ia bukan sahaja boleh mengekalkan dan meningkatkatkan lagi kejayaan sedia ada, malah boleh memberikan keupayaan memulihkan diri dalam menghadapi sebarang kerumitan dan cabaran,”jelasnya.

Sumber-sumber lain, seperti jumlah tenaga manusia atau kekuatan tentara, walaupun berperanan dalam membantu kekuatan sesuatu bangsa, tidak merupakan factor yang boleh memberikan kekuatan hakiki, apatah lagi memberikan arah dan makna dalam pembangunan menyeluruh bangsa itu. Hal ini diakui juga oleh Ibn Khaldun. Malah telah berlaku beberapa kali dalam sejarah, baik, akan memeluk dan menganut nilai dan ciri tamadun lain yang ditaklukinya.

Kaum biadab yang terdiri dari suku bangsa Jerman, yang pada satu ketika dipimpin oleh Attila (m. 453M), telah mengganas dan menakluk Imperium Roma sebelum abad keenam Masehi. Tetapi seperti yang telah dirumus SMN al Attas, orang Jerman yang tidak berilmu dan bertamadun ini tidak Berjaya memusnahkan imperium Roma yang telah tegap berdiri dan merupakan salah satu tamadun tertinggi dalam sejarah manusia. Malah kaum biadab itu sendiri yang telah ditakluki oleh Kebudayaan Roma dengan mengikut cara dan kebiasaan hidup Romawi sehingga meniru kedudukan golongan feoderatinya (feodal).

Begitu juga halnya dengan bangsa Mongol di bawah pimpinan Gengiz Khan (m. 1227M) dan Kublai Khan (m. 1294M) dalam hubungan mereka dengan tamadun Cina. Walaupun mereka menakluki negara Cina dan rakyatnya, tetapi orang Mongol akhirnya telah diCinakan oleh tradisi keilmuan dan kebudayaan Cina. Penerus mereka Hulagu dan Timur Yang Tempang (Tamerlane) yang mengganas dan menakluki negara Islam di India Utara, Iran dan beberapa bagian Timur Tengah juga telah menunjukkan kehampaan mereka dalam arena tamadun. Malah rumpun bangsa Mongol dan Turki yang dahulunya amat biadab, dan telah banyak menimbulkan kerusakan ketamadunan dalam Islam, telah memeluk agama Islam, dan kemudiannya telah melahirkan kekuatan tersendiri dalam sejarah dan tamadun Islam. Umat Islam yang berserakan di Turki, Cina dan Rusia, hari ini terdiri dari rumpun bangsa ini.

Di Abad 8 sampai dengan 15 Masehi, ketika peradaban Islam mencapai kejayaan di Andalusia, dunia ilmu menjadi semarak saat itu. Ramai cendekiawan Barat dan pendetanya belajar ke intelektual-intelektual Islam di Andalusia. Andalusia, penuh dengan budaya ilmu di kota-kotanya. Di Sevila atau Cordova saja ditemui lebih dari 50 perpustakaan umum di sana.

Kembali pada masalah kebijakan kampus di tanah air, selama kebijakan kampus orientasinya materi bukan ilmu, maka terus menerus akan terjadi krisis dalam dunia keilmuan di Indonesia. Dalam filsafat Barat, semua cabang ilmu memang tujuannya adalah untuk pencapaian materi. Sedangkan dalam filsafat Islam, semua cabang ilmu tujuannya untuk mendekatkan diri pada Yang Maha Kuasa, Allah SWT. Inilah yang membedakan Barat dan Islam. Dan dari sinilah juga kekacauan ilmu dan bangsa terjadi. Wallahu alimun hakim. []

Nuim Hidayat, Anggota MIUMI dan MUI Depok

Laman sebelumnya 1 2

Artikel Terkait

Back to top button